Suri Catering  adalah sebuah syarikat katering yang kukuh dan terkenal dalam mengendalikan perniagaan katering makanan dan minuman. Sejak tahun 1989, syarikat kami telah menempah nama dalam perusahaan katering umumnya di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya.

Kami dikenali ramai sebagai sebuah pengusaha makanan bermasak islam yang menitikberatkan mutu,kualiti kebersihan dan makanan lazat yang memenuhi citarasa semua lapisan kaum.Suri Catering bukan sahaja menyediakan masakan Melayu malah masakan ala barat,masakan India, Cina dan hidangan bercorak koktail turut disediakan.

Kini, tidak hairanlah jika Suri Catering menjadi salah sebuah syarikat kontraktor makanan yang menjadi kegemaran di kalangan golongan-golongan  VIP dan VVIP, badan-badan kerajaan, syarikat korporat dan pelanggan-pelanggan korporat yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur.